Friday, 27 November 2015

BUSINESS PLAN - SENANG RASA KATERING (Fatimah Hassan)

1.0. PENGENALAN

       Senang Rasa Katering merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal bulan April 2007, bagi menjalankan aktiviti katering di sekitar Pekan Hutan Melintang, Perak dan bandar-bandar sekitarnya.

      Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi. Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pusat Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan .

      Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan dan menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa.

       Perniagaan ini akan beroperasi di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan.

Sepertimana diketahui wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hari raya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.


Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat begitu.Permintaan perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti mesyuarat, majlis perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan.

Walau pun di setengah jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih gemar untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut keuntungan.



2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN. 

      Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi.
Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.

Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:

1. Melihat daya maju projek yang dirancang.

2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat
dilaksanakan dengan lancar.

3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.

4. Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk
menamatkan program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang
menyertai kursus ini.

 5. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan
 dilaksanakan.





5.0. SKOP PERNIAGAAN.

5.1. Aktiviti Perniagaan 

       Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menyedia dan membekalkan makanan dan minuman kepada majlis kenduri perkahwinan di sekitar kawasan pekan Hutan Melintang dan kawasan-kawasan sekitar seperti Teluk Intan, Bagan Datoh, Selekoh dan Sabak Bernam. Begitu juga membekalkan makanan dan minuman bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh
pihak Pejabat Pelajaran Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Maktab Perguruan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang.

5.2. Produk dan Perkhidmatan 

      Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-kerja di majlis jamuan.

5.3. Potensi Perniagaan

5.3.1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan.

5.3.2. Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja, masyarakat kita hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering.

       Begitu juga dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus, perjumpaan dan mesyuarat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, Maktab Perguruan di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang yang sentiasa ada sepanjang tahun. Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan katering mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.

5.3.3. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu  majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.


5.3.4. Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar.Pasti masyarakat keliling memerlukan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat.
Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.



6.0. ASPEK PENGURUSAN

6.1. Struktur Organisasi 

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi
keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara
keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut.




6.3. Fungsi dan Tanggungjawab

Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaan.

6.3.1 Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran.

         a). Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.
         b). Mencari pesanan dan promosi perniagaan.
         c). Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar
         d). Menyediakan laporan kewangan tahunan.
         e). Membayar gaji pekerja.
         f). Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan sehingga   
              hidangan siap dimasak.
         g). Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
         h). Memastikan pelanggan dilayan dengan baik
         i). Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambah baik.


6.3.2 Tukang Masak.
      
        a). Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada 
             pelanggan.
        b). Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
        c). Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pembantu.
        d). Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf citarasa 
             pelanggan.


6.3.3 Pembantu Am.

       a). Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang
 masak.
 b). Membersihkan peralatan masak.
 c). Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja
 memasak dan tugas-tugas lain yang bersesuaian.
 d). Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain
 yang diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.


6.4. Gaji dan Ganjaran




6.5. Belanja Pengurusan

Bagi tujuan pengurusan perniagaan menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:



6.6. Strategi Pengurusan


Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju setanding dengan perniagaan-perniagaan katering sedia ada.

Oleh itu, perniagaan ini telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut:

         a). Menerapkan semangat kerja berpasukan (teamwork) diantara para kakitangan dan pihak
              pengurusan untuk faedah bersama.
         b). Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik
              dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
         c). Setiap pihak sama ada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi
              pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap
              dan sistematik.
         d). Menyediakan perkhidmatan makanan/minuman yang bermutu, bersih dan sedap.
         e). Menentukan majlis dihias dengan cantik dan layanan yang baik.
         f). Pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan menghantar mereka mengikuti kursus
              yang berkaitan dengan bidang tugas.
         g). Mengadakan promosi dengan cara mengadakan rumah terbuka.


7.O. ASPEK TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

7.1. Lokasi Premis (Seperti dilampiran) 

Pada peringkat awal perniagaan ini akan menggunakan premis kediaman sendiri di alamat di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Dengan keluasan 30 KM persegi dan dikeliling dengan taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Premis ini terletak di kedudukan berhampiran dengan persimpangan jalan menuju ke arah sebelah selatan menuju ke bandar Sabak Bernam, Negeri Selangor, ke utara pula jalan menuju pekan kecil Sungai Sumun, pekan Selekoh dan pekan Bagan Datoh, manakala ke timur jalan menyusur menghala ke Bandar Teluk Intan.
Sepanjang jalan ke pekan dan bandar ini terdapat taman-taman perumahan dan kampung-kampung melayu, yang mana pasti mereka memerlukan perkhidmatan katering untuk jamuan kenduri kahwin. Begitu juga terdapat sekolah-sekolah, agensi pendidikan lain, agensi kerajaan dan swasta yang lain yang akan mendapatkan perkhidmatan makanan minum bagi majlis dan kursus yang dijalankan di tempat mereka. Dengan kemudahan sistem jalanraya yang ada , tidak menjadi masalah bagi
perniagaan ini memberikan perkidmatan yang selesa kepada pelanggan.


Lakaran gambaran lokasi premis perniagaan adalah seperti dilampiran.



7.2. Maklumat Premis Perniagaan 

Alamat :

 ,

Alamat Premis :
 ,

Bentuk Binaan : Rumah Kediaman
Keluasan : 1400 ka. Persegi
Rancangan Perniagaan Senang Rasa Katering
Pemilik Premis : Sendiri


7.3. Kemudahan Asas 

Premis perniagaan memiliki segala kemudahan asas yang sepatutnya seperti bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain kemudahan


7.3.1. Sosial dan Kebudayaan




7.3.2. Pengangkutan

Majoriti penduduk di kawasan Hutan Melintang mempunyai kenderaan persendirian, hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi.

7.3.3




7.4. Harta Tetap Dan Peralatan Yang dimiliki


Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh
pengusaha sejak 5 tahun yang lalu, maka Senang Rasa Katering telah
memiliki beberapa aset yang dibeli berperingkat-peringkat mengikut
kemampuan kewangan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan kelengkapan
perniagaan yang dimiliki adala seperti berikut:




7.5. Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan




7.6. Pembelian Bahan Mentah 

Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Bahan mentah basah akan dibeli setelah mendapat tempahan dan sehari sebelum tarikh tempahan. Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti beras, minyak, gula, susu dan rempah ratus. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah. Dianggarkan kos bahan mentah adalah lebih kurang 50% daripada setiap ringgit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk kegunaan sebulan adalah seperti berikut.







7.7. Perbelanjaan Operasi.



7.8. Senarai Pembekal Barang Mentah.

Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan masakan kepada pelanggan akan diperolehi dari beberapa pembekal yang telah dikenalpasti seperti berikut:



7.9. Susunatur Ruang Masak 

Susunatur ruang masak telah direka bentuk dengan menarik bagi memboleh dan menyenangkan ruang kelihatan menarik dan mempunya ruang yang luas bagi memberi keselesaan kepada pekerja untuk menjalankan kerja-kerja persiapan makanan.

Gambar rajah susunatur ruang memasak dilampirkandi belakang.

7.10.CARTA ALIRAN PROSES KERJA



7.11 Anggaran jualan untuk 3 tahun

Berdasarkan anggaran Perniagaan Senang Rasa  Katering boleh mendapat pasaran permintaan perkhidmatan pelangga adalah seperti berikut :




7.12. Strategi Perkhidmatan 

Untuk menentukan perniagaan ini berjalan lancar, perniagaan ini akan melaksanakan strategi berikut:

7.12.1. Menghasilkan yang berkualiti, sedap dan mengikut selera pelanggan.

7.12.2. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan penghantaran dapat disiapkan mengkut masa yang ditetapkan.

7.12.3. Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.

7.12.4. Layanan yang mesra pelanggan, memberikan perkhidmatan yang terbaik.

7.12.5. Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkemaskan perniagaan dari masa ke semasa.

7.12.6. Pekerja akan dibekalkan dengan pakaian seragam supaya pelanggan terus mengenali perniagaan ini.

7.12.7. Perniagaan ini akan mengadakan promosi makanan percuma dengan memperkenalkan masakan-masakan kegemaran ramai supaya pelanggan dapat menilai sendiri keenakan makanan/minuman yang disediakan.

7.12.8 .Perniagaan ini akan menghantar pekerja-pekerja menghadiri kursus yang bersesuaian supaya dapat mempertimbangkan mutu perkhidmatan.

7.12.9 .Iklan-iklan yang menarik akan dipamerkan di tempat-tempat yang strategik supaya menarik perhatian pelanggan.

7.12.10.Menentukan makanan/minuman yang disediakan adalah halal.


CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN


7.13. ANGGARAN KOS PERKHIDMATAN/KERJA DIJALANKAN (SEORANG)

Perincian pengiraan anggaran jualan:
Rumah Kediaman:
Kenduri tahlil,doa selamat dan sebagainya,
10 kenduri/bulan X 100 orang X RM 10.00 = RM10,000.00

Tempahan Pejabat:
Katering untuk mesyuarat,
20 kali/bulan X 40 0rang X RM 4.50 = RM 3,600.00

Katering untuk kursus:
3 kali/bulan X 50 orang X RM 16.00 = RM 2,400.00

Katering untuk jamuan makan,
5 jamuan/bulan X 40 orang X RM 10.00 = RM 2,000.00
JUMLAH : RM 10,000 + RM3,600 + RM 2,400 + RM 2,000 = RM 18,000


8.0. PEMASARAN

8.1. Perkhidmatan dan Harga yang ditawarkan
Memandangkan perniagaan ini lebih diokuskan khursus untuk aneka jenis jamuan dan pelbagai jenis majlis, maka senarai harga adalah dibuat secara pakej. Pelanggan akan diberikan pelbagai pakej dan
menu, pilihan menudisertakan sekali. Sungguhpun begitu kesemua pakej yang disediakan dijangkan akan terus menjadi tarikan langgan dan harganya juga berpatutan. Kesemua pakej adalah seperti berikut :-

PROFILE MENU

8.1.1. Menu dan sebutharga minum pagi. 

 Mee, Bihun, kuew tieow goring
 Nasi lemak
 Lontong
 Nasi Dagang
 Laksa
 Roti Jala
 Pelbagai kuih muih mengikut pilihan
 Minuman Panas – Kopi & Teh O atau Kopi & Teh susu
 Harga mengikut pilihan menu : RM 4.50


 8.1.2. Menu dan sebut harga makan tengahari/Malam

 Nasi Putih, Nasi Minyak, Nasi Brayani dan Nasi Tomato

 Ikan Masak Kari, Ikan Lemak Cili Api, Ikan Taucu dll

 Daging Masak Kari, Rendang, Kurma dll

 Ayam Masak Kari, Rendang, Masak Merah dll

Udang Masak Kari, Sambal, Masak Lemak, Masak Merah dll

 Sotong Masak Kari, Masak Lemak dll

 Pelbagai Sup

 Pelbagai Tom Yam
 Ikan, Daging, Ayam, Udang dan
 Sotong Goreng Biasa/Tepung
Sayur Masak Lemak Biasa/Ikan Masin,Tumis, Campur
dll

 Kerabu dan Ulaman

 Sambal dan Acar

 Buah-buahan

 Minuman Sejuk Pelbagai Perisa

 Harga mengikut pilihan Menu : RM 8.00

8.1.2. Menu dan Sebutharga Minum Petang
Mee kari, Mee Rebus, Mee Sup dll
Bihun Sup, Bihun Kari, Bihun Goreng dll
Keow Teow Goreng dll
Laksa
Soto
Kuih Muih
Minuman Panas/Sejuk
Harga mengikut pilihan Menu : RM 3.50

8.2. Kumpulan Sasaran

 Perniagaan ini merancang mensasarkan perkhidmatannya kepada
keseluruhan penduduk yang ada di tempat-tempat seperti berikut kepada semua
peringkat umur dan Kakitangan Kerajaan, Swasta, Kilang dan Sekolah yang
berpendapatan diantara RM 700.00 hingga RM 5000.00, juga permintaan dari
pelajar. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu terdapat juga
permintaan dari kaum India dan Cina

 8.3. Kawasan Pasaran

 Kawasan sekitar Pekan Hutan Melintang
 Kawasan sekitar Pekan Bagan Datoh
 Kawasan sekitar Pekan Selekoh
 Kawasan sekitar Bandar Teluk Intan
 Kawasan sekitar Bandar Sabak Bernam
 Kampung Sungai Keli
 Kampung Teluk Buluh
 Kampung Sungai Samak
 Kampung Sungai Ipil
 Kampung Baru
 Kampung Sungai Dulang
 Kampung Tanah Lalang
 Kampong Tanjung Bayan
 Kampung Bagan Pasir
 Kampung Sungai Tiang Baruh
 Kampung Sungai Tiang Darat
 Kampung Sungai Nipah Baruh
 Kampung Sungai Nipah Darat
 Kampung Rungkup
 Kampung Sungai Ular
 Kampung Parit 25
 Kampung Parit 23
 Kampung Parit 21
 Kampung Parit 19
 Kampung Parit 17
 Kampung Parit 15
 Kampong Parit 13
 Kampung Parit 11
 Kampung Parit 9
 Kampung Parit 7
 Kampung Parit 5
 Kampung Parit 3
 Kampung Parit 1
 Taman Perumahan Awam 1
 Taman Perumahan Awam 2
 Taman Perumahan Awam 3
 Taman Perumahan Awam Sungai Sumun
 Taman Perumahan Awam Bagan Datoh
 Taman Seri Ishaq
 Taman Zulaikha
 Taman Seri Melintang 1
 Taman Seri Melintang 2
 Taman Seri Intan 1
 Taman Seri Intan 2
 Taman Kayangan
 Taman Cenderawasih
 Taman Seri Perak
 Taman Mewah
 Taman Melintang
 Taman Bernam
 Taman Desa Bernam
 Taman Desa Bakti
 Taman Wawasan
 Taman Cemerlang
 Taman Metah
 Taman Intan
 Taman Orkid
 Taman Ikan Mas


8.4. Saiz Pasaran

Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh dari tempahan katering oleh penduduk tempatan dan pejabat:

Tempahan Penduduk
Jumlah Penduduk: 60,000
Bilangan rumah : 60,000/5 (diandaikan sebuah rumah 5 orang
penghuni)
 = 12,000 buah rumah
Diandaikan 10% daripada penghuni rumah tersebut akan
menggunakan perkhidmatn katering sekurang-kurangnya sekali
setahun dengan jumlah tempahan untuk 100 orang pada harga RM
10.00/orang,maka jumlah pasaran:
10% x 12,000 x 100 orang x RM10.00
= RM120,000,00.00/tahun
= RM10,000.00/bulan


Tempahan dari pejabat-pejabat
Purata bilangan pejabat dianggarkan 5 buah. Seandainya dalam
sebulan terdapat 15 hari tempahan untuk sekurang-kurannya 30
orang pada harga RM10.00, maka jumlah jualan ialah:
5 pejabat x 15 hari/bulan x 30 orang/tempahan x RM10.00/orang
= RM22,500
Jumlah Saiz Pasaran = RM100,000 + RM22,500
 = RM122,250/bulan.

8.5. Pesaing


8.6.Analisis kekuatan dan kelemahan pesaing




8.7. Saiz / syer pasaran


Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan syer pasaran antara pesaing dan senang RasaRasa Katering seperti berikut :




8.8.Anggaran Jualan

Sungguhpun perniagaan baru menceburkn diri dalam bidang ini,perniagaan mengandaikan dapat menguasai syer pasaran dalam 15%daripada saiz pasaran dan ini mengambilkira factor yang boleh mempengaruhi permintaan perkhidmatan seperti kesedaran pelanggan dan musim perayaan, ramalan
jualan Senang rasa Katering adalah seperti berikut:




8.9. STRATEGI PEMASARAN

Pasaran yang baik dan sistematik adalah factor amat penting untuk memajukan perniagaan bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi dan kestabilan yang berpanjangan dan berdaya saing.

 8.9.1: Strategi Perkhidmatan

 Perkhidmatan strategi berikut dapat memajukan lagi perniagaan katering ini.

 a). Sentiasa menyediakan masakan yang enak, sedap dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
 b). Mengutamakan kebersihan dapur dan kawasan memasak bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
 c). Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang ditetapkan oleh pelanggan.
 d). Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan.


8.9.2 .Strategi Promosi

 Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan risalah untuk diedarkan kepada penduduk kawasan perumahan, pejabat kerajaan, sektor swasta dan sekolah bagi mempromosikan perniagaan ini.

 8.9.3. Strategi Harga

Perancangan perlu dibuat bagi menarik hatii pelanggan untuk melanggan dengan perniagaan ini, dengan faktor yang harga yang berpatutan dan menarik mengikut jenis makanan dan menu yang
iminta. Memandangkan perniagaan ini dalam perancangan dan belum beroperasi lagi, perniagaan ini akan menawarkan harga yang rendah dan menarik diri pesaing-pesaing untuk memikat hati
pelanggan. Perniagaan ini akan mengambil deposit 20% bagi tempahan seminggu sebelum tarikh pesanan dan baki dibayar seminggu selepas pesanan dibuat.

8.9.4. Strategi Lokasi
Perniagaan ini terletak d kawasan perumahan dan penempatan yang berpusat dikelilingi taman-taman perumahan yang sedia ada mahupun sedang membangun, kampung-kampung tradisi yang
sedia ada dan pekan-pekan serta bandar-bandar yang sedang membangun.

8.9.5. Perhubungan Pelanggan

Perniagaan ini terletak d kawasan perumahan dan penempatan yang berpusat dikelilingi taman-taman perumahan yang sedia ada mahupun sedang membangun, kampung-kampung tradisi yang sedia ada dan pekan-pekan serta bandar-bandar yang sedang membangun. Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah antara kawasan-kawasan permintaan tadi maka tidak timbul masalah
perhubungan kerana kawasan penempatan tersebut dan bandar sekitar dapat dihubungi dengan jalanraya yang ada untuk mendapatkan perkhidmatan dan penghantaran.


9.0. ASPEK KEWANGAN

9.1. Kos Pelabur Projek

Bagi menjayakan rancangan perniagaan ini, kos dianggarkan RM 20000.00
berdasar kepada perancangan.




9.2. Kewangan Perbelanjaan

perbelanjaan belian barangang dilakukan setiap bulan mengikut permintaan kerana ini akan menjimatkan.





9.2. Anggaran Aliran Wang Tunai.
Anggaran Penyata Aliran Tunai seperti jadual yang dikepilkan menunjukkan untung rugi dan berlaku peningkatan 10% di tahun kedua dan ketiga. Operasi meningkat mengikut bulan.

9.3. Anggaran Penyata Pendapatan Kewangan.
Anggaran Penyata Pendapatan Kewangan disediakan selama 3tahun seperti di lampirkan.


9.4. Anggaran Kunci Kira-Kira.
Aset Tetap mulai susutnilai bagi tahun Pertama, Kedua dan Ketiga.


10.0. JUSTIFIKASI DAN PENUTUP 

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia akan terus mengadakan majlis-majlis jamuan seperti majlis perkahwinan dan anika jamuan. Dengan kesibukan tugasan harian, maka mereka mengambil jalan pintas menggunakan khidmat katering supaya majlis yang diatur akan berjalan lancar. Dengan ertikata lain mereka tidak terbabit secara langsung untuk menjalankan kerja-kerja penyusunan dan hal ehwal mengurus makanan dan minuman kepada jemputan. Semua urusan ini akan diserahkan kepada
pihak perkhidmatan katering.

Berdasar kepada kajian semasa, majoriti pelanggan menggunakan khidmat katering bagi membekalkan dan menguruskan semua kerja-kerja berkaitan.
Oleh itu sudah sampai masanya perniagaan ini mengorak langkah dengan lebih berdaya maju dan menyahut cabaran yang diberikan. Faktor-faktor tersebut jelas memberikan keyakinan yang tinggi menjurus kepada peluang pulangan keuntungan yang lumayan jika pengurusan dijalankan dengan
lebih sistematik.
Diharap perniagaan ini akan berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya di negara ini.


RINGKASAN EKSEKUTIF 

Senang Rasa Katering adalah merupakan sebuah perniagaan bumiputera milik tunggal yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah membekal makanan dan minuman memasak kepada pelanggan khursusnya kepada majlis-majlis perkahwinan.

 Sungguhpun begitu perniagaan ini juga bersedia untuk menerima apa sahaja tempahan daripada pelanggan untuk majlis-majlis lain. Sebagai perniagaan baru yang ingin menceburi didalam bidang perniagaan ini, maka sudah tentu terdapat pelbagai menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat usahawan bumiputera maju didalam bidang perniagaan, perniagaan ini akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Dengan modal pusingan sebanyak RM 20,000.00, perniagaan ini bercadang untuk menjalankan perniagaan ini tanpa membuat pinjaman dari mana-mana pihak pun. Jesteru itu kebanyakan pekerja yang diambil untuk bekerja dengan perniagaan ini terdiri dari kaum keluarga.

Walaupun mungkin perjalanan agak jauh lagi untuk sampai kedestinasinya, saya percaya dengan kesungguhan dan keyakinan yang ada pada diri saya dan keluarga, akan dapat mencapai cita-cita yang kehendaki ini.