Friday, 27 November 2015

BUSINESS PLAN - PERNIAGAAN PERCETAKAN (Muhd Hairul Nizam Nordin)

BUMI SAFAS ENTERPRISE   

1) PENDAHULUAN 

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 142,350 
daripada Baitulmal bagi menampung kos pembelian mesin-mesin dan modal operasi syarikat. 

Premis perniagaan bertempat di: 
2-G-26D, Wisma Rampai, 
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 
53300 Setapak, Kuala Lumpur. 

Kos pembiayaan adalah berjumlah RM 142,350. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 82,350, dan modal operasi sebanyak RM 60,000. 

Pembelian mesin-mesin  ini  amat  perlu  untuk  mencapai  sasaran  jualan  yang  baik.  Sasaran  jualan  adalah sebanyak  RM  60,000  sebulan.  Pihak  syarikat  hanya  dapat  memenuhi  permintaan  pelanggan  mengikut spesifikasi yang telah sedia ada di kedai. Ianya amat terhad. Sekiranya mesin-mesin ini digunakan, purata penjualan RM 60,000 sebulan dapat dihasilkan. 

Permintaan  untuk  perkhidmatan  percetakan  ini  amatlah  tinggi  sehinggakan  pihak  syarikat  tidak  dapat 
memenuhi permintaan pelanggan memandangkan mesin percetakan sedia ada tidak memenuhi kriteria dan 
kapasiti yang dikehendaki pelanggan.



2) LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 

BUMI  SAFAS  ENTEPRISE telah  ditubuhkan  pada  1hb  November  2007,  ianya  sebuah  syarikat  milik bumiputera sepenuhnya.  

Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang percetakan. Syarikat juga membekalkan alatulis, alat-
alat pejabat dan membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang 
baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. 
Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta. 

Sebelum Bumi Safas Enterprise ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara 
sambilan selama 2 tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam perniagaan dalam bidang ini. Dengan 
pengalaman  dan  pengetahuan  serta  permintaan  yang  tinggi  dalam  bidang  ini  pemilik  telah  mengambil 
langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang percetakan. 

Pada  masa  ini  syarikat  tidak  mempunyai  sebarang  tanggungan  kewangan  dengan  mana-mana 
institusi kewangan di Malaysia  

Nama Syarikat     :   BUMI SAFAS ENTERPRISE 
No. Pendaftaran   :   001719901-X 
Tarikh Penubuhan :  1 November 2007 
Alamat Berdaftar  :   2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 K.L 
E-mail                 :   bumisafas@yahoo.com.my 
Pemilik               :   1. Syed Ismail Bin Syed Yussof 
                              2. Wirmanrizal Bin Safrizal 
Taraf Syarikat     :   100% Bumiputra 
Bank                  :   Hong Leong Bank Berhad (Caw. Sri Rampai) No Acc: 18700019056 
Jenis Perniagaan :   Percetakan, Membekal Alatulis & Alat-alat Pejabat, Membekal Pakaian, Seragam  Sekolah, Membekal Aksesori Lelaki Dan Wanita.


3) LATAR BELAKANG USAHAWAN 

   


4) MAKLUMAT PREMIS  

Bumi  Safas  Enterprise  beroperasi  di  sebuah  lot  kedai  yang  terletak  di  Taman  Sri  Rampai,  Setapak.  
Kedudukan  premis  yang  strategik  iaitu  di  kawasan  pusat  pernigaan,  begitu  menjimatkan  dari  segi  kos 
penghantaran produk di sekitar Lembah Kelang khususnya.  

Kos sewa premis = RM 900 sebulan dan perjanjian diperbaharui setiap 1 tahun

Gambar lokasi Perniagaan. 




5) ASPEK TEKNIKAL / OPERASI SYARIKAT 

Bumi Safas Enterprise secara khususnya menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
  
1.  Percetakan 
-  Membuat kad nama perniagaan 
-  Membuat kad jemputan 
-  Membuat ‘banner’ 
-  Membuat risalah broucher 
-  Membuat ‘street bunting’ 
-  Membuat salinan berwarna 
-  Membuat ‘laminate’ 
-  Menjilid kertas dan buku 

2.  Pembekalan 
-  Membekal kertas pelbagai saiz, warna dan tahap ketebalan 
-  Pen, pembaris dan lain-lain alatulis berkaitan 
-  Pakaian beruniform 
-  Pakaian sekolah 
-  Topi 
-  T-shirt 
-  Cenderahati 

Mesin/Peralatan Penting Sedia Ada  




Mesin/Peralatan Yang Diperlukan



Proses Operasi 


6) ASPEK PENGURUSAN


  





7) ASPEK PEMASARAN 

Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pelanggan setempat. Bahkan permintaan 
pelanggan  yang begitu  tinggi  tidak  dapat dipenuhi  pihak  syarikat  memandangkan ketiadaan  mesin  yang 
sesuai. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk membekalkan keperluan pelanggan dengan cepat dan 
berkualiti dengan pembelian mesin-mesin tersebut. 

ANALISA PERSAINGAN         

Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kehendak masyarakat sumber semakin meningkat,
Bumi  Safas  Enterprise tidak  menghadapi  saingan  yang  sengit  memandangkan  perniagaan 
percetakan biasanya dikuasai oleh bangsa lain.  

Masyarakat  masa  kini  didapati  lebih  selesa  menggunakan  perkhidmatan  yang  dikendali  oleh 
bumiputera.  Jadi  ini  menjadi  salah  satu  faktor  Bumi  Safas  Enterprise  boleh  berkembang 
memandangkan tidak ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan ini. 

1)  Harga 
Harga  pasaran  merupakan  satu  faktor  yang  sangat penting  dalam  mengimbangi  kos  dan 
keuntungan  yang  akan  diperolehi.  Untuk  itu  pihak  syarikat  akan  memfokus  ke  arah 
pengurangan kos operasi syarikat. Antaranya dengan menyiapkan segala tempahan dalam 
masa  yang  singkat.  Berikutan  ini  kos  syarikat  akan berkurangan  dan  meningkatkan 
keuntungan syarikat. 

2)  Kualiti  
Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis pengurusan perniagaan. Antara 
ciri-ciri  kualiti  yang  perlu  dipertingkatkan  adalah  dari  segi  operasi,  jualan,  khidmat 
pelanggan, penghantaran dan rekaan berkualiti tinggi. Ini adalah kerana kualiti yang tinggi 
akan menjamin kestabilan dan kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat.  




8) STRATEGI PEMASARAN 

Bumi Safas Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi 
membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan oleh pihak pengurusan 
ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk 
jangkamasa panjang. Disamping itu, pihak pengurusan perniagaan juga akan mengadakan beberapa 
promosi di dalam internet. 

Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. 
Pihak  pengurusan  juga  telah  merangka  untuk  memperluaskan  lagi  skop  perniagaan  dengan 
meneroka  beberapa  bidang  sampingan  yang  dapat  menyokong  dan  memajukan  lagi  perniagaan 
utama.  

Pelbagai teknik pemasaran akan digunakan untuk mempromosikan Bumi Safas Enterprise kepada
masyarakat  di  dalam  negara  secara  amnya  dan  luar  negara  secara  khususnya  .  Antara  promosi-
promosi yang telah dilaksanakan adalah: 
1)  Promosi Dalam Media Cetak – Membuat iklan di majalah-majalah tempatan, suratkhabar 
dan mengedar ‘flyers’ 
2)  Promosi  Dalam  Media  Elektronik  –  Melancarkan  Halaman  WEB  syarikat  dan  melayari 
halaman web dalam negara bagi tujuan promosi. 
3)  Promosi Telemarketing – Membuat panggilan kepada pelanggan-pelanggan berpotensi. 


9) KOS PEMBIAYAAN  




10) ASPEK KEWANGAN 


Perbelanjaan:











KESIMPULAN  

Bumi Safas Enterprise akan beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor percetakan. Antara 
ciri-ciri yang menentukan kemampuan dan kejayaan seseorang adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber 
kewangan,  teknologi,  peralatan  dan  sistem  pengurusan  sumber  manusia  yang  baik.    Hasil  daripada 
penelitian yang matang, maka pihak pengurusan syarikat berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan 
sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang. 

 Diharapkan pihak Baitulmal akan dapat memberikan peluang untuk syarikat kami bersaing dan berkembang 
selaras dengan perkembangan ekonomi semasa. Ini sekaligus dapat mencipta era baru bagi menjayakan 
wawasan perniagaan bumiputera yang agresif, dinamik dan berkeupayaan serta berdaya maju.