Sunday, 29 November 2015

BUSINESS PLAN - PERKHIDMATAN DOBI (Mohd Zulhilmi Mohd Nasir )


A. PENGENALAN

1.  Nama Perniagaan

Nama perniagaan ini ialah Zul Dobby. Lokasi perniagaan ini terletak di No 2/28 Lot 553 Jalan Kemang 10, Telok Kemang, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perniagaan ini telah mula beroperasi pada 27 Oktober 2015 dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran 52689532-X.

2.     Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang diceburi adalah perniagaan dobi. Perkhidmatan yang di tawarkan oleh perniagaan ini ialah cucian biasa, cucian kering, cucian tangan , pengeringan pakaian dan menggosok pakaian.

3.  Lokasi

Lokasi perniagaan ini terletak di 55-00-02, Pangsamurni Keramat Jaya2, Persiaran Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Kami memilih kawasan ini kerana kawasan ini terbahagi kepada 5 jenis kawasan perumahan.

1)    Perumahan Tanah Lot
2)    Pangsapuri
3)    Kondominium
4)    Kawasan sederhana komersial.
5)    Kolej Kediaman Institut Pengajian Tinggi

Perumahan Tanah Lot terbahagi kepada 3 kawasan iaitu :
·         Kawasan di sekitar Jalan Kemang
·         Kawasan di sekitar Jalan Pantai
·         Kawasan di sekitar Kampung   Telok Kemang

Pangsapuri juga terbahagi  kepada 3 kawasan iaitu:
·         Pangsapuri Ancasa.
·         Pangsapuri Seri Kemang
·         Pangsapuri Seri Indah

Sebuah Kodominium yang terdapat disini ialah kondominium Corus dan Service Appartment. Manakala sebuah bangunan sederhana komersial ialah Bangunan Telekom. Walaubagaimanapun, bangunan ini masih belum beroperasi hingga ke hari ini.

Terdapat 2 buah IPT yang terdapat disini iaitu Politeknik Port Dickson dan TM College.




4.  Misi Perniagaan

Misi Perniagaan dobi kami ini ialah untuk menjadikan kedai dobi ini sebagai kedai dobi francais yang terkenal di Malaysia suatu ketika nanti. Buat masa ini, kami sedang mencuba untuk mendapatkan kontrak pembersihan fabrik dari syarikat- syarikat terkemuka seperti hotel, restoran, ketering dan lain- lain lagi untuk kami mengukuhkan jenama kami.

Dengan adanya kontrak-kontrak dari syarikat gergasi ini, ia akan membantu kami mengukuhkan syarikat dan jenama kami di mata masyarakat. Ia juga dapat mempercepatkan lagi impian kami untuk membuka lebih banyak cawangan selepas ini.


ANALISA PASARAN


      1.    Saiz dan Rancangan Pertumbuhan

      Jumlah  penduduk  di  Telok Kemang,  kawasan di sekitar Politeknik,  Jalan  Pantai, berdekatan dengan pekan Port Dickson dianggarkan mencecah 30,000 orang.

      Banyak faktor membantu pertumbuhan penduduk disini. Antara faktor  tersebut ialah pelbagai peluang pekerjaan. Memandangkan banyak pejabat kerajaan atau swasta di sekitar Jalan Pantai dan Jalan Perumahan Politeknik menyebabkan ramai diantara mereka mendiami kawasan tersebut

      Faktor lain yang membantu pertumbuhan penduduk adalah wujudnya 2  buah Institut Pengajian Tinggi iaitu Politeknik Port Dickson dan TM College di Jalan Pantai. Kewujudan IPT ini membantu pertumbuhan penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Terdapat banyak kawasan kediaman seperti apartment dan flat dengan kadar sewa yang berpatutan menyumbang kepada faktor pertumbuhan penduduk disini.

     Jaringan pengangkutan yang baik seperti LRT dan lebuhraya Seremban-Port Dickson juga membantu dalam pertambahan penduduk di sini.

      2.    Ekonomi


   Taraf Ekonomi kebanyakkan penduduk disini adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana. Dalam pemerhatian saya, 40 % penduduk disini bekerja sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. 30% adalah pelajar dan 30% lagi adalah mereka yang tidak bekerja. Dari segi pekerjaan 27% adalah pekerja swasta, memandangkan terdapat banyak syarikat yang terdapat di sekitar kawasan Jalan Pantai seperti Celcom dan TM College. Terdapat juga diantara mereka yang mendiami kawasan ini terdiri daripada mereka yang bekerja di sekitar Pantai peranginan dan Port Dickson WaterFront. Ini kerana terdapat jaringan pengangkutan yang baik seperti LRT . Terdapat   2 stesen   LRT   yang   Jalan Shell dan Jalan Seremban.

Peratusan bagi mereka yang bekerja kerajaan adalah 12%. Ini kerana  terdapat pejabat-pejabat kerajaan di sekitar kawasan Jalan Pantai iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan, Politeknik Port Dickson, MINDEF, dan Sekolah Menengah Port Dickson.. Pejabat kerajaan yang terdapat di Jalan Perumahan Telok Kemang adalah FELDA.


30% mereka yang tiada pekerjaan terdiri daripada 28% suri rumah, 1% warga tua dan 1% penganggur.

30% pelajar pula terdiri daripada 10% pelajar IPT, 8% sekolah  menengah dan 12% sekolah rendah. Manakala kanak-kanak dibawah 6 tahun mewakili 10% daripada penduduk.
           
Daripada jumlah ini, jumlah pendapatan isi rumah dalam sebulan terbahagi kepada 5 kumpulan.

1)  RM10,000 keatas –5%
3)  RM 2,000 hingga RM4,999  - 55%
4)  RM500 hingga RM1,999 –15%
5)  RM500 kebawah –5%

3.  Sasaran Perniagaan

Sasaran perniagaan ini ialah untuk semua golongan. Kami bahagikan sasaran kami ini kepada golongan-golongan berikut.


a)  Pelajar
Kesibukan belajar dan aktiviti luar seperti bersukan menyebabkan kebanyakkan diantara mereka tiada masa untuk membasuh dan menggosok pakaian. Mereka lebih suka menghantar baju ke kedai dobi untuk di basuh, digosok dan dilipat kerana ini akan memudahkan mereka. Oleh kerana itu kami memilih mereka sebagai golongan sasaran kami.

b) Pekerja

Kebanyakkan penduduk disi mempunyai suami dan isteri yang bekerja. Kesibukan bekerja di tambah dengan tiada pembantu rumah menyebabkan mereka tiada masa untuk membasuh pakaian. Kebanyakkan mereka hanya akan membasuh pada hari cuti hujung minggu sahaja. Dengan adanya perkhidmatan dobi ini, mereka boleh memanfaatkan cuti hujung minggu mereka dengan keluarga tanpa perlu memikirkan pakaian yang perlu dibasuh, digosok dan dijemur.

c)  Suri Rumah

Bagi golongan ini pula, mereka biasanya menghantar item-item yang besar seperti selimut, cadar, langsir, toto dan pakaian yang memerlukan dry cleaning. Ini kerana limitasi kepada mesin basuh yang berada dirumah biasanya hanya untuk basuhan sehingga 6kg dan untuk cucian biasa sahaja. Oleh kerana itu mereka menghantar item berkenaan ke kedai dobi untuk dibasuh.
d) Restoran dan Perkidmatan Katering

Terdapat pelbagai restoran dan perkhidmatan catering yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu kami mensasarkan agar kami beroleh kontrak untuk membasuh alas meja, alas kerusi dan lain-lain utuk di cuci dan di gosok.

e)  Asrama

Kami mensasarkan agar mendapat tender membasuh baju bagi pelajar asrama seperti Asrama Felda.

f)  Hotel

Memandangan terdapat banyak hotel di sekitar Kuala Lumpur, kami mengharapkan agar kontrak untuk basuhan cadar, sarung bantal dan selimut bagi hotel dapat kami perolehi.
g)  Gimnasium

Bagi gymnasium mereka amat memerlukan tuala untuk kegunaan pelanggan mereka mencukupi setiap hari. Oleh itu mereka akan menggunakan perkhidmatan dobi ini untuk memudahkan kerja mereka.


4.  Persaingan

        Disekitar kawasan Jalan Pantai Telok Kemang terdapat satu buah kedai dobi yang sedia ada dan berdekatan dengan Keramat. Kedai Dobi Elisa ini beroperasi kira-kira setahun yang lepas. Sebelum kewujudan kedai dobi saya ini, kebanyakkan penduduk di sini menghantar baju mereka di kedai dobi tersebut walaupun diantara mereka khususnya pelajar terpaksa berjalan kaki selama 10 minit hanya untuk mendapatkan perkhidmatan dobi ini.
      Oleh kerana tiada persaingan di kawasan ini, harga yang ditawarkan di kedai dobi tersebut agak mahal berbanding dengan kedai-kedai yang ada di sekitar lembah klang. Dengan adanya kedai dobi kami yang beroperasi di kawasan kediaman, ini akan memudahkan pelanggan dating ke tempat kami. Kami telahpun menjalankan kaji selidik dan mendapati harga yang kami tawarkan berpatutan dan lokasi yang strategik iaitu kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.



C. JUALAN DAN PEMASARAN


1.  Strategy Jualan dan Pemasaran
          Strategy jualan dan pemasaran bagi kedai dobi ini ialah berdasarkan
moto   perniagaan   kami  iaitu   “Mudah,   Berkualiti”

         Mudah bermaksud kami cuba menyesuaikan waktu operasi kami  dengan membuka kedai seawall jam 7.30 pagi sehingga 7.30 malam. Memandangkan 80% pelanggan kami adalah mereka yang berkerja, kami memberi mereka ruang untuk menghantar atau mengambil pakaian mereka sebelum waktu kerja bermula atau selepas waktu kerja.
                                               

Berkualiti pula bermaksud, setiap pakaian yang dihantar akan dipantu  kualiti basuhan atau iron. Ini penting bagi kami untuk menjaga dan bertanggung jawab keatas pakaian yang dihantar. Produk dan perkhidmata yang kami tawarkan pula mestilah berkualiti.Kami menggunakan produk seperti sabun ,pewangi dan pelembut fabrik yang terkenal dan bermutu tinggi.

Kakitangan kami juga telah dihantar berkursus sebelum mereka mula  bekerja di kedai ini.Ini bagi memastikan,mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada pengguna.
             Berpatutan pula bermaksud harga yang kami tawarkan kepada pelanggan kami adalah berdasarkan pada harga pasaran semasa dan berpandukan harga pesaing-pesaing kami yang terdekat.
Bagi menentukan harga bagi perkhidmatan ini,kami telah menjalankan  tinjawan harga pesaing-pesaing yang berdekatan.Kami akan memestikan harga kami adalah diantara harga yang terendah ataupun harga purata berbanding harga yang diberikan oleh pesaing-pesaing kami.

2.  Program Pengiklanan Dan Promosi.

Pengiklanan dan promosi memainkan peranan penting dalam sebuah perniagaan.Oleh sebab itu pihak kami telah mengiklankan perniagaan ini di internet menerusi laman web popular seperti mudah.com,yahoo dan google.

Selain daripada itu kami juga telah menampal iklanmengenai perkhidmatan ini di papan kenyataan di sekitar kawasan perumahan berdekatan.
Pihak kami juga telah pun mengedarkan flyers di setiap peti surat di kawasan  kediaman berhampiran.

Kami juga menjalankan promosi mengikut musim.Contohnya semasa 2  bulan pertama pembukaan kedai.Kami menjalankan promosi percuma 1 kilo bagi lebih 10 kilo dan potongan harga 2 helai toto atau comforter.Jika musim perayaan,kami mempromosikan potongan harga Rm4 bagi basuhan langsir,sarung kusyen dan cadar,jika pelanggan menghantar lebih dari 10 kilo.

Dengan pengiklanan dan promosi yang dijalankan pihak kami  mengharapkan agar kedai ini dapat menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai kami.Bagi kami promosi mulut ke mulut merupakan promosi yang lebih berkesan berbanding promosi –promosi yang lain.Oleh itu dengan mengekalkan kualiti kami yakin para pengguna kami secara tidak langsung akan mempromosikan kedai dobi ini kepada jiran-jiran dan sepejabat mereka.

3.  Polisi Harga

               Harga memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh bangun  
     sesebuah syarikat. Oleh itu, dalam menentukan harga bagi sesuatu
     perkhidmatan, kami telah menjalankan kaji selidik di kedai-kedai dobi    
     berhampiran.
              Kami akan memastikan harga yang kami tawarkan adalah sama atau  lebih   
     murah daripada pesaing kami. Kami juga mengadakan diskaun bagi mereka
     yang menghantar lebih dari 10 kg dan promosi bermusim. Seperti contoh, jika
     musim perayaaan, kami akan mengadakan diskaun bagi setiap cucian langsir
     atau sarung kusyen.
D. PRODUK DAN PERKHDMATAN


1.  Kemudahan Yang Disediakan
         
         Kemudahan yang di sediakan di syarikat kami adalah basuhan segala  jenis fabric samaada basuhan biasa atau basuhan kering., menggosok pakaian dan pengeringan pakaian.

         Terdapat 4 buah mesin yang terdapat di kedai kami. Sebuah mesin basuh 16kg automatic sepenuhnya berjenama IPSO di perbuat dari Kanada untuk basuhan normal. Sebuah masih basuh 6kg separa automatic jenama Panasonic. Dua buah mesin pengering jenama Huebsch juga dari Negara Kanada.

         Seterika yang digunakan adalah seterika buatan Jepun yang mampu melicinkan pakaian dengan pantas. Dengan adanya mesin-mesin tersebut ia akan memudahkan dan mempercepatkan proses basuhan di kedai kami.

2. Cara jualan perkhidmatan

      Pelanggan perkhidmatan kami terbahagi kepada 3 golongan.
1.    ‘Walk-in’   customer
2.    ‘Pick-up’   customer
3.    Contract customer

      ‘Walk-in’ customer adalah pelanggan  yang kami. Tiada caj perkhidmatan yang
      akan dikenakan pada pelanggan dari golongan ini. Mereka menghantar dan
      mengambil sendiri pakaian yang mereka ke kedai kami.

      Pick up’ customer adalah pelanggan mengambil dan menghantar baju ke    
      rumah  atau pejabat mereka. Bayaran RM4 akan dikenakan bagi setiap
      penghantaran  pemulangan baju.

      Contract customer selalunya terdiri daripada pelanggan syarikat-syarikat besar
      contohnya gymnasium, hotel, katering servis dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini
      akan membayar secara bulanan mengikut kontrak. Pihak kami akan mengambil
      fabrik tersebut atau mereka akan menghantar sendiri ke kedai kami.


3.  Teknologi Maklumat

              Dalam mengendalikan urusan kaunter dan akaun syarikat, kami telah menggunakan perisian yang kami bina sendiri in-house supaya segala maklumat perakaunan dapat diisi dengan mudah dan pantas.

Segala laporan mengenai kutipan, kos dan keuntungan dapat dijana dengan mudah dan tepat. Ini penting bagi sesebuah syarikat dalam menentukan keuntungan bersih setiap bulan.

Berikut disertakan senarai aplikasi yang terdapat dalam system  tersebut:
Wujud, kemaskini, papar dan cetak bil
a.    Wujud, kemaskini, papar dan cetak resit
b.    Tutup kaunter
c.    Terima dan keluar barang
d.    Costing
e.    Laporan

4.  Kawalan Kualiti
       
           Bagi menjaga kualiti perkhidmatan kami, kami akan memastikan segala bahan pencuci dan pewangi fabric diambil dari pembekal dan jenama yang sama. Ini kerana kebanyakan pelanggan suka dengan bau harum yang terdapat pada pakaian yang telah dicuci di kedai kami.

            Sukatan bahan pencuci dan pewangi fabric hendaklah betul. Ia juga memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keharuman pakaian.

            Pekerja kami juga diwajibkan mengikuti kursus asas dobi untuk mengetahui cara yang betul untuk membasuh dan menggosok pakaian. Seperti contoh menggosok seluar, pihak kami akan menentukan satu pattern sahaja dalam cara menggosok seluar. Ini untuk menjaga kualiti dan mutu [perkhidmatan kami.


5.  Kawalan Inventori
     
           Dalam mengawal keluar masuk barangan, khususnya barangan untuk perkhidmatan dobi seperti sabun pencuci dan pewangi, kami akan memastikan bahawa setiap barang masuk dan keluar diisi ke dalam sistem.

            Dengan memasukkan maklumat berkenaan, kami dapat mengetahui berapa stok yang masih tinggal dan bilakah kami perlu membuat pesanan bagi belian barang berkenaan.  Di dalam sistem ini terdapat indicator ‘safety stock’ yang mana kami boleh memastikan barangan manakah yang perlu dipesan dan yang manakah yang masih berada di tahap selamat.

            Daripada sistem ini juga, kami dapat mengetahui kos bulanan yang diambil untuk membeli sabun dan pewangi tersebut.
    

E. PEMILIKAN DAN PENGURUSAN


Ø  Latar Belakang Perniagaan


1.    Nama Perniagaan : Zul Dobby

2.     Jenis Perniagaan : Milikan Tunggal.

3.    Alamat : No 2/28 Lot 553 Jalan Kemang 10, Telok Kemang, 71050, Port Dickso, Negeri Sembilan

4.    No. Tel: 013-3904008

5.    E-mail : zulhilminasir95@gmail.com

6.    Bentuk Perniagaan : Perkhidmatan Dobi

7.    Tarikh Mula Perniagaan: 01.03.2009

8.    No. Pendaftaran Perniagaan : 13133421-X

9.     Modal Permulaan : RM 30,000

10. Nama Bank: CIMB Bank

11. No. Akaun Perniagaan : 14250005069058



Ø  Latar Belakang Pemilik


1.    Nama Pemilik : Mohamad Zulhilmi

2.    Alamat Surat Menyurat : No 2/28 Lot 553 Jalan Kemang 10, Telok Kemang, 71050, Port Dickso, Negeri Sembilan

3.    Kelulusan Akademik : Diploma Teknologi Maklumat ,Universiti Teknologi Mara

4.    Pengalaman: Pernah berkhidmat selama 2 tahun di Optima Infosystem Sdn Bhd sebagai Juruprogram.


Ø  Carta Organisasi

1.    Pengarah : Mohamad Zulhilmi
2.    Pengurus : Siti Fatimah
3.    Bahagian Basuhan : Faez Zainuddin
4.    Bahagian Seterika : Aliff Asyraff

Ø  Tujuan Penyediaan Kertas Kerja

        Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pembiayaan kewangan daripada pihak-pihak tertentu seperti SME Bank, MARA, Tekun Nasional dan lain-lain badan yang boleh membantu memberi skim pembiayaan kepada perniagaan dobi ini.
       
         Kertas kerja ini juga ditulis untuk dijadikan profil syarikat bagi kami  untuk mendapatkan kontrak membasuh fabrik dari syarikat –syarikat tertentu seperti hotel, katering servis dan lain –lain yang di rasakan sesuai.

          Ia ini juga ditulis untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan dobi ini agar misi perniagaan ini dapat dicapai .


Ø  PETA LOKASI
      



            Ø  Rujukan

1.    Encik Muhamad Nazim bin Abu Bakar, Pemilik Dobi Nazim.
2.    Contoh rancangan perniagaan MARA