Fikry Bakeri ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar produk berasaskan bakeri.
Terdiri daripada pelbagai jenis kek dan roti.
Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan pejabat di Kuala Lumpur.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan dengan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti.
Kursus yang diambil adalah dari beberapa buah organisasi yang membantu bakal pengusaha untuk mendapatkan latihan.
Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, pengusaha berjaya mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan berjaya mendapatkan perkakas yang diperlukan untuk membuka bakeri. Ini adalah sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri pengusaha untuk menjadi pengurus syarikat yang bijak dan berjaya.
Selain daripada itu, hasrat pengusaha ialah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bakeri yang halal untuk semua pelanggan. Ianya menjadi pendorong kepada pengusaha untuk menjayakan bakeri ini. Beliau juga bakal menyumbang kepada peluang pekerjaan apabila bakerinya berkembang dan maju.
VISI
Membuka sebuah bakeri dan galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual keperluan membuat kek dan roti dengan harga yang berpatutan.
MISI
Memastikan pekerja pekerja dari pejabat berdekatan mempunyai alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri terutama pekerja muslim dengan status halal yang diyakini. Dengan motto "BERSIH DAN DIYAKINI HALAL" akan dapat menarik minat pelanggan daripada pelbagai warga kota.
TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan rancangan perniagaan ini ialah:-
- Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiaan kewangan dari institusi kewangan
- Menyediakan garis panduan untuk pihak pengurusan supaya syarikat ini berjalan dengan maju dan berkembang mengikut seperti yang dirancang
- Sebagai bahan rujukan untuk meyakinkan pembekal-pembekal bahan bahan yang akan diguna melihat keupayaan perniagaan
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN (BHG 1)
Nama Perniagaan : Fikry Bakery
Alamat Berdaftar : No 12, Jalan KL Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur
Alamat Perniagaan : No 12, Jalan KL Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-2214 5149
No. Daftar Perniagaan : X4566715
Tarikh Pendaftaran : 15 September 2014
Aktiviti Pernigaan : Membuat dan mengedar kek dan roti
Bentuk Perniagaan : Perseorangan
Modal Permulaan : RM 28, 000
Bank Berurusan : Maybank Berhad
No. Lesen Kementerian Kewangan : 6655451617
Tarikh Tamat Lesen : 15 September 2024
Bidang Kerja Didaftarkan : Menjual kek dan roti, Bahan membuat kek dan roti
Nama Pemilik : Fikry Hakim
No. K/P : 890015-14-5149
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN (BHG 2)
Nama Penuh : Fikry Bin Hakim
Alamat Tetap : 194, Jalan Desa Ampang 1, Taman Sri Ampang, Selangor
No. K/P : 890015-14-5149
Tarikh Lahir : 15 September 1989
Agama : IslamStatus Perkahwinan : BujangKelulusan Akedemik : DiplomaPengalaman Kerja : -
Kursus Dihadiri : Latihan Sangkut Kerja (LSK)
: Latihan Bakeri Dan Kek
: Latihan Hiasan Kek
RANCANGAN PENGURUSAN
1. STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi peringkat atasan hingga bawahan. Secara keseluruhannya, struktur organisasi bagi syarikat adalah seperti berikut:-
Jadual 1
2. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
Fungsi dan tangguungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melancarkan perjalanan sesebuah syarikat.
Pengurus: Fikry Hakim
- Mengurus perjalan dan aktiviti syarikat
- Mengurus pentadbiran, kewangan dan pemasaran
- Mengurus hal ehwal pekerja
- Menentukan jumlah, jenis dan kawalan mutu produk
- Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini rekod
- Berurusan dengan pihak bank
- Mengurus keluar/ masuk bahan mentah
- Menerima dan melaksanakan tempahan
- Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada
- Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk
- Melaksanakan tempahan
- Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan perniagaan
- Menjaga keselamatan dan penjagaan kenderaan
- Lain lain tugas
- Memantau lokasi lain yang sesuai untuk pasaran
3. GAJI DAN GANJARAN
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan
Jadual 2
4. BELANJA PENGURUSAN
Jadual 3
Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
- Menerap semangat kerja berpasukan diantara pekerja demi kebaikan bersama.
- Mengadakan mesyuarat dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan perlaksanaan dalam memberi pendapat atau pandangan bagi mempertingkatkan produktiviti.
- Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
- Mengikuti latihan ikhtisas lanjutan seperti kursus-kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang bakeri.
- Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang.
- Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni dalam diri setiap yang terlibat dengan bakeri.
RANCANGAN TEKNIKAL PERKHIDMATAN
1. Harta tetap dan peralatan yang dimiliki
Jadual 4: Senarai Aset Tetap
2. Harta tetap dan kelengkapan yang diperlukan
Jadual 5: Aset tetap yang diperlukan
Jadual 6: Kos Bahan Mentah Selama Sebulan
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete