Friday, 11 December 2015

MDEC

1. Profile

Nama Organisasi: 
Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.
Bidang Organisasi: 
Administrative and Support Services activities

Ringkasan :-
          (MDec) telah diperbadankan pada tahun 1996 untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia dan menasihati kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, dan juga untuk menetapkan piawaian kejayaan bagi operasi multimedia.

MSC Malaysia bertujuan mewujudkan platform yang ideal dan kondusif untuk memupuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dalam sektor ICT, untuk menjadi perniagaan bertaraf dunia manakala menarik penyertaan daripada syarikat-syarikat ICT global untuk melabur dan membangunkan kelebihan penyelesaian digital dan kreatif di Malaysia.

MDeC adalah sebuah syarikat yang membiaya individu dan syarikat untuk inovasi‐ inovasi baru yang boleh dikomersilkan.



2. Objektif Penubuhan

MDEC adalah Perbadanan Pembangunan Multimedia yang menentukan arah tuju dan menyelia Inisiatif ICT Negara Malaysia , MSC Malaysia (yang dulu dikenali sebagai Multimedia Super Corridor di Malaysia).
untuk merangsang pembangunan industri ICT Malaysia dan pertumbuhan ekonomi digital, di bawah bidang kuasa MDeC.

Mdec komited untuk :-
  • memacu MSC Malaysia dengan memberi kuasa kepada sektor perniagaan dan menghubungkan komuniti melalui ICT
  • mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi lokasi pilihan bagi inovasi, operasi dan perkhidmatan dalam ICT dan multimedia

3. Alamat

HQ :

Multimedia Development Corporation (MDeC) Sdn Bhd
2360 Persiaran APEC
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia



4. Pembiayaan yang diberi

Kemudahan Pembiayaan yang disediakan oleh MDeC
  1. Modal Teroka/ Ekuiti Swasta/ Pembiayaan Angel: Penilaian perniagaan/ Khidmat Mentor/ Bimbingan dan penyesuaian dengan pembiaya berpotensi
  2. Geran/ Pinjaman/ Hutang/ Pembiayaan Projek: Penilaian potensi perniagaan, Penilaian Harta Intelek, Penilaian Perniagaan, Khidmat Mentor/ Bimbingan dan penyesuaian dengan pembiaya - Institusi kewangan dan bank
  3. *M&A: Penilaian potensi perniagaan, Penilaian Syarikat, Penilaian Jenama, Penstrukturan Strategi/ Penyediaan Perjanjian, Go-To-Market, perkhidmatan yang ditawarkan dengan kerjasama pembiayaan.

Program Pembiayaan Ditawarkan adalah:
  • MSC Malaysia Innotech: Diiktiraf sebagai platform modal premium semenjak 2007 dan telah berjaya mendapatkan modal untuk lebih 70 syarikat dengan nilai melebihi RM130 juta.
  • Pembentangan idea perniagaan khas kepada bank.
  • Klinik Kemudahan Pembiayaan - klinik selama 30 minit yang dikendalikan oleh MDeC, dari 10-12pm di Ibu Pejabat MDeC (bermula Julai 2013 mengikut kesesuaian masa)
Tempoh pembiayaan maksimum : 1 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : Tidak melebihi 50% dari kos projek atau RM1.2 juta yang
                                                          mana  lebih rendah, berdasarkan kepada merit setiap permohonan




5. Cara memohon



Pemohon perlu menyatakan dan menjamin seperti berikut:
(a) berkenaan dengan data peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ) yang diberikan atau yang akan diberikan kepada MDeC berkaitan dengan permohonan ini:
               (i)    pemohon perlu menyediakan atau mendapatkan persetujuan yang dikehendaki
                  (ii)   pemohon telah memberikan pemberitahuan yang diperlukan untuk MDeC                       
                             memproses data peribadi yang berkenaan;
(b) Pemohon telah membaca dan memahami Penyata Perlindungan Data Peribadi MDeC yang boleh didapati di data perlindungan peribadi dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadi oleh MDeC mengikut cara yang dinyatakan di dalamnya;
Dan berkenaan dengan data peribadi yang diberikan atau yang akan diadakan oleh MDeC kepada pemohon bagi maksud itu dan/atau berkaitan dengan permohonan ini , dan hendaklah menyatakan bahawa semua kakitangan , pekerja dan ejen untuk begitu juga, mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.







6. Syarat-syarat


Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan "Multimedia Super Corridor (MSC)"

Tujuan pembiayaan pinjaman
Untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan produk baru dan perkhidmatan dalam rantaian nilai multimedia (multimedia value chain) dan aplikasi utama (flagship applications)

Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Penyelidikan dan pembangunan projek yang menjurus kepada pembangunan produk dan perkhidmatan keseluruh rantaian nilai multimedia dan aplikasi utama

  • Semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan di Malaysia

 

Syarat kelayakan
  • Memiliki sijil pengesahan sebagai status MSC Malaysia

  • Syarikat Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya 51% modal

  • Memenuhi syarat dan keperluan lokasi bagi status MSC Malaysia

  • Syarikat yang pernah atau sedang mendapat geran penyelidikan dan pembangunan daripada Kerajaan tidak layak memohon

Prosedur permohonan
Pemohon perlu berbincang dengan Unit MGS di MDeC terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang permohonan



7. Cara menghubungi

Email    : clic@MDeC.com.my
Tel        : 1-800-88-8338(within Malaysia) OR +6 03 8315 3000(outside Malaysia)
Fax       : +6 03 8315 3115
SMS     : Type MDEC ASK (your email address) (your inquiries), send to 15888