Friday, 25 December 2015

Presentation "i SMART Parking System"

 Kami mengetengahkan idea auto valet parking, di mana pengguna hanya perlu tinggalkan kereta dalam kotak parking yang disediakan. iSMART auto parking system akan menyusun kereta secara automatik, ruangan parking dapat dijimatkan. Dengan ada nya "i SMART Parking System" 2 petak parking boleh memuatkan lebih 10 buah kereta.

~ SEKIAN.... TERIMA KASIH ~

Personality Test (Muhamad Hairul Nizam Bin Nordin)


Friday, 11 December 2015

BUSINESS PLAN - FIKRY BAKERY (Luqman Al- Hakim Foaad)

PENGENALAN

Fikry Bakeri ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan  pengedar produk berasaskan bakeri.
Terdiri daripada pelbagai jenis kek dan roti.
Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan pejabat di Kuala Lumpur.

Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan dengan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti.
Kursus yang diambil  adalah dari beberapa buah organisasi yang membantu bakal pengusaha untuk mendapatkan latihan.

Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, pengusaha berjaya mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan berjaya mendapatkan perkakas yang diperlukan untuk membuka bakeri. Ini adalah sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri pengusaha untuk menjadi pengurus syarikat yang bijak dan berjaya.

Selain daripada itu, hasrat pengusaha ialah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bakeri yang halal untuk semua pelanggan. Ianya menjadi pendorong kepada pengusaha untuk menjayakan bakeri ini. Beliau juga bakal menyumbang kepada peluang pekerjaan apabila bakerinya berkembang dan maju.



VISI

Membuka sebuah bakeri dan galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual keperluan membuat kek dan roti dengan harga yang berpatutan.



MISI

Memastikan pekerja pekerja dari pejabat berdekatan mempunyai alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri terutama pekerja muslim dengan status halal yang diyakini. Dengan motto "BERSIH DAN DIYAKINI HALAL" akan dapat menarik minat pelanggan daripada pelbagai warga kota.



TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini ialah:-
  • Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiaan kewangan dari institusi kewangan
  • Menyediakan garis panduan untuk pihak pengurusan supaya syarikat ini berjalan dengan maju dan berkembang mengikut seperti yang dirancang
  • Sebagai bahan rujukan untuk meyakinkan pembekal-pembekal bahan bahan yang akan diguna melihat keupayaan perniagaan
Nilai pembiayaan yang dipohon bagi memulakan perniagaan adalah sebanyak RM 35 000



LATAR BELAKANG PERNIAGAAN (BHG 1)
Nama Perniagaan                               : Fikry Bakery
Alamat Berdaftar                                : No 12, Jalan KL Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur
Alamat Perniagaan                             : No 12, Jalan KL Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur
No. Telefon                                         : 03-2214 5149
No. Daftar Perniagaan                        : X4566715
Tarikh Pendaftaran                             : 15 September 2014
Aktiviti Pernigaan                              : Membuat dan mengedar kek dan roti
Bentuk Perniagaan                             : Perseorangan
Modal Permulaan                               : RM 28, 000
Bank Berurusan                                  : Maybank Berhad
No. Lesen Kementerian Kewangan    : 6655451617
Tarikh Tamat Lesen                            : 15 September 2024
Bidang Kerja Didaftarkan                   : Menjual kek dan roti, Bahan membuat kek dan roti
Nama Pemilik                                      : Fikry Hakim
No. K/P                                                 : 890015-14-5149



LATAR BELAKANG PERNIAGAAN (BHG 2)
Nama Penuh                      : Fikry Bin Hakim
Alamat Tetap                     : 194, Jalan Desa Ampang 1, Taman Sri Ampang, Selangor
No. K/P                              : 890015-14-5149
Tarikh Lahir                       : 15 September 1989
Agama                               : IslamStatus Perkahwinan           : BujangKelulusan Akedemik         : DiplomaPengalaman Kerja              : -
Kursus Dihadiri                 : Latihan Sangkut Kerja (LSK)
                                          
: Latihan Bakeri Dan Kek
                                          
: Latihan Hiasan Kek



RANCANGAN PENGURUSAN


1. STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi peringkat atasan hingga bawahan. Secara keseluruhannya, struktur organisasi bagi syarikat adalah seperti berikut:-

Jadual 1

 




2. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Fungsi dan tangguungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melancarkan perjalanan sesebuah syarikat.

Pengurus: Fikry Hakim
  • Mengurus perjalan dan aktiviti syarikat
  • Mengurus pentadbiran, kewangan dan pemasaran
  • Mengurus hal ehwal pekerja
  • Menentukan jumlah, jenis dan kawalan mutu produk
  • Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini rekod
  • Berurusan dengan pihak bank
  • Mengurus keluar/ masuk bahan mentah
Pembuat Kek: Aisyah 
  • Menerima dan melaksanakan tempahan
  • Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada 
Pembuat Roti: Raihan Hakim
  •   Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk
  • Melaksanakan tempahan
Pemandu: Abdullah
  • Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan perniagaan
  • Menjaga keselamatan dan penjagaan kenderaan
  • Lain lain tugas
  • Memantau lokasi lain yang sesuai untuk pasaran

 3. GAJI DAN GANJARAN
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan


Jadual 2


4. BELANJA PENGURUSAN

Jadual 3

5. STRATEGI PENGURUSAN
Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  1. Menerap semangat kerja berpasukan diantara pekerja demi kebaikan bersama.
  2. Mengadakan mesyuarat dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan perlaksanaan dalam memberi pendapat atau pandangan bagi mempertingkatkan produktiviti.
  3. Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
  4. Mengikuti latihan ikhtisas lanjutan seperti kursus-kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang bakeri.
  5.  Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang.
  6. Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni dalam diri setiap yang terlibat dengan bakeri.





RANCANGAN TEKNIKAL PERKHIDMATAN

1. Harta tetap dan peralatan yang dimiliki 


Jadual 4: Senarai Aset Tetap

2. Harta tetap dan kelengkapan yang diperlukan
Jadual 5: Aset tetap yang diperlukan

3. Stok bekalan/ Barangan

Jadual 6: Kos Bahan Mentah Selama Sebulan







MDEC

1. Profile

Nama Organisasi: 
Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.
Bidang Organisasi: 
Administrative and Support Services activities

Ringkasan :-
          (MDec) telah diperbadankan pada tahun 1996 untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia dan menasihati kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, dan juga untuk menetapkan piawaian kejayaan bagi operasi multimedia.

MSC Malaysia bertujuan mewujudkan platform yang ideal dan kondusif untuk memupuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dalam sektor ICT, untuk menjadi perniagaan bertaraf dunia manakala menarik penyertaan daripada syarikat-syarikat ICT global untuk melabur dan membangunkan kelebihan penyelesaian digital dan kreatif di Malaysia.

MDeC adalah sebuah syarikat yang membiaya individu dan syarikat untuk inovasi‐ inovasi baru yang boleh dikomersilkan.



2. Objektif Penubuhan

MDEC adalah Perbadanan Pembangunan Multimedia yang menentukan arah tuju dan menyelia Inisiatif ICT Negara Malaysia , MSC Malaysia (yang dulu dikenali sebagai Multimedia Super Corridor di Malaysia).
untuk merangsang pembangunan industri ICT Malaysia dan pertumbuhan ekonomi digital, di bawah bidang kuasa MDeC.

Mdec komited untuk :-
  • memacu MSC Malaysia dengan memberi kuasa kepada sektor perniagaan dan menghubungkan komuniti melalui ICT
  • mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi lokasi pilihan bagi inovasi, operasi dan perkhidmatan dalam ICT dan multimedia

3. Alamat

HQ :

Multimedia Development Corporation (MDeC) Sdn Bhd
2360 Persiaran APEC
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia



4. Pembiayaan yang diberi

Kemudahan Pembiayaan yang disediakan oleh MDeC
  1. Modal Teroka/ Ekuiti Swasta/ Pembiayaan Angel: Penilaian perniagaan/ Khidmat Mentor/ Bimbingan dan penyesuaian dengan pembiaya berpotensi
  2. Geran/ Pinjaman/ Hutang/ Pembiayaan Projek: Penilaian potensi perniagaan, Penilaian Harta Intelek, Penilaian Perniagaan, Khidmat Mentor/ Bimbingan dan penyesuaian dengan pembiaya - Institusi kewangan dan bank
  3. *M&A: Penilaian potensi perniagaan, Penilaian Syarikat, Penilaian Jenama, Penstrukturan Strategi/ Penyediaan Perjanjian, Go-To-Market, perkhidmatan yang ditawarkan dengan kerjasama pembiayaan.

Program Pembiayaan Ditawarkan adalah:
  • MSC Malaysia Innotech: Diiktiraf sebagai platform modal premium semenjak 2007 dan telah berjaya mendapatkan modal untuk lebih 70 syarikat dengan nilai melebihi RM130 juta.
  • Pembentangan idea perniagaan khas kepada bank.
  • Klinik Kemudahan Pembiayaan - klinik selama 30 minit yang dikendalikan oleh MDeC, dari 10-12pm di Ibu Pejabat MDeC (bermula Julai 2013 mengikut kesesuaian masa)
Tempoh pembiayaan maksimum : 1 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : Tidak melebihi 50% dari kos projek atau RM1.2 juta yang
                                                          mana  lebih rendah, berdasarkan kepada merit setiap permohonan




5. Cara memohon



Pemohon perlu menyatakan dan menjamin seperti berikut:
(a) berkenaan dengan data peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ) yang diberikan atau yang akan diberikan kepada MDeC berkaitan dengan permohonan ini:
               (i)    pemohon perlu menyediakan atau mendapatkan persetujuan yang dikehendaki
                  (ii)   pemohon telah memberikan pemberitahuan yang diperlukan untuk MDeC                       
                             memproses data peribadi yang berkenaan;
(b) Pemohon telah membaca dan memahami Penyata Perlindungan Data Peribadi MDeC yang boleh didapati di data perlindungan peribadi dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadi oleh MDeC mengikut cara yang dinyatakan di dalamnya;
Dan berkenaan dengan data peribadi yang diberikan atau yang akan diadakan oleh MDeC kepada pemohon bagi maksud itu dan/atau berkaitan dengan permohonan ini , dan hendaklah menyatakan bahawa semua kakitangan , pekerja dan ejen untuk begitu juga, mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.







6. Syarat-syarat


Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan "Multimedia Super Corridor (MSC)"

Tujuan pembiayaan pinjaman
Untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan produk baru dan perkhidmatan dalam rantaian nilai multimedia (multimedia value chain) dan aplikasi utama (flagship applications)

Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Penyelidikan dan pembangunan projek yang menjurus kepada pembangunan produk dan perkhidmatan keseluruh rantaian nilai multimedia dan aplikasi utama

  • Semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan di Malaysia

 

Syarat kelayakan
  • Memiliki sijil pengesahan sebagai status MSC Malaysia

  • Syarikat Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya 51% modal

  • Memenuhi syarat dan keperluan lokasi bagi status MSC Malaysia

  • Syarikat yang pernah atau sedang mendapat geran penyelidikan dan pembangunan daripada Kerajaan tidak layak memohon

Prosedur permohonan
Pemohon perlu berbincang dengan Unit MGS di MDeC terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang permohonan



7. Cara menghubungi

Email    : clic@MDeC.com.my
Tel        : 1-800-88-8338(within Malaysia) OR +6 03 8315 3000(outside Malaysia)
Fax       : +6 03 8315 3115
SMS     : Type MDEC ASK (your email address) (your inquiries), send to 15888